Ketepatan saintifik Interstellar_(filem)

Kip Thorne, ahli fizik teori, berkhidmat sebagai perunding saintifik dan penerbit eksekutif.

Ahli fizik teori, Kip Thorne merupakan perunding saintifik filem ini untuk memastikan penggambaran lubang cacing dan relativiti adalah setepat yang mungkin. Ketika dalam awal proses, Thorne menetapkan dua garis panduan: "Pertama, tiada perkara akan melanggar hukum fizik sedia ada. Kedua, bahawa semua spekulasi liar... akan datang dari sains dan bukan dari idea penulis skrip." Nolan menerima syarat ini selagi ia tidak menganggu pembuatan filem. Pada satu tahap, Thorne menghabiskan dua minggu cuba untuk berbincang dengan Nolan tentang sebuah idea terhadap karakter bergerak lebih pantas daripada cahaya sebelum Nolan akhirnya menyerah.[36] Menurut Thorne, unsur yang mempunyai tahap kebebasan artistik tertinggi adalah awan ais di salah satu planet yang mereka lawati dimana struktur mungkin melampaui kekuatan bahan yang boleh disokong ais.

Ahli astrobiologi, David Grinspoon mengkritik situasi serangan hama di bumi yang digambarkan dalam babak awal, menerangkan bahawa walaupun dengan serangan hama yang lebih teruk, ia akan mengambil masa berjuta-juta tahun untuk menurunkan kandungan oksigen atmosfera. Beliau juga menyatakan bahawa awan ais sepatutnya telah ditarik ke bawah oleh graviti.[37]

Ahli astrofizik, Neil deGrasse Tyson telah menerokai sains di sebalik pengakhiran Interstellar. Beliau membuat kesimpulan bahawa ia berkemungkinan secara teori untuk berinteraksi dengan masa lalu dan bahawa kita tidak benar-benar tahu apa yang ada di dalam lohong hitam.[38]

Michio Kaku memuji filem ini untuk ketepatan saintifiknya dan berkata Interstellar "boleh menetapkan standard emas untuk filem sains fiksyen untuk tahun-tahun akan datang." Bekas jurutera perisian NASA, Timothy Reyes, berkata penggambaran lohong hitam dan lubang cacing serta pengunaan graviti oleh Thorne dan Nolan adalah cemerlang.[39]

Rujukan

WikiPedia: Interstellar_(filem) http://www.abc.net.au/news/2015-12-29/interstellar... http://www.afi.com/members/catalog/DetailView.aspx... http://www.bbc.com/news/entertainment-arts-2983269... http://www.boxofficemojo.com/alltime/world/worldwi... http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=interstell... http://www.boxofficemojo.com/news/?id=3957&p=.htm http://www.boxofficemojo.com/yearly/chart/?view2=w... http://deadline.com/2014/03/cinemacon-christopher-... http://deadline.com/2014/11/international-box-offi... http://deadline.com/2014/11/international-box-offi...